
tentang kami
Ditubuhkan pada 17 Jun 2009, Kelab Pidato Kuala Lumpur adalah kelab komuniti yang terdiri daripada ahli-ahli dari pelbagai lapisan masyarakat yang ingin meningkatkan kemahiran pengucapan awam dan kepimpinan mereka. Kami berjumpa dua kali sebulan: Rabu minggu ke-1 dan ke-3 .
Kami adalah sebahagian daripada organisasi ‘Toastmasters International’ yang merupakan organisasi pendidikan nirlaba yang mengajar kemahiran pengucapan awam dan kepimpinan melalui rangkaian kelab di seluruh dunia. Beribu pejabat di Englewood, Colorado USA, keahlian organisasi melebihi 357,000 di lebih daripada 16,600 kelab di 143 negara. Sejak tahun 1924, Toastmasters International telah membantu individu dari pelbagai latar belakang menjadi penceramah, komunikator, dan pemimpin yang lebih yakin.


